Rabu, 3 Mei 2017

IkutI Instagram Kumpulan 07 Kulai


SALAM PENGAKAP, Kini Kumpulan Pengakap 07 Kulai telah mewujudkan akaun Instagram rasmi bagi membolehkan maklumat aktivit dapat dikongsi terus melalui laman sosial tersebut. Instagram Rasmi SuPe STARP. Bersama kita mewujudkan kemajuan teknologi dalam berpengakap.

Logo Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

LOGO PENGAKAP MALAYSIA


Maksud Lambang

  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
  • Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
  • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
  • Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap: Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”, Hijau – “Pengakap Muda”, Merah – “Pengakap Remaja”
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Logo Kumpulan 07-Kulai Johor

LOGO KUMPULAN 


Maksud Logo


  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
  • Ikatan diatas kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
  • Perkataan "STARP-07" melambangkan SMK Tunku Abdul Rahman Putra merupakan kumpulan Pengakap ke-7 Daerah Kulai.
  • Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
  • Warna Merah, Biru dan Putih melambangkan warna yang terdapat pada skaf kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia.
  • Slogan "Usaha Maju" dan "Selalu Sedia, Pandang Luas Untuk Berkhidmat" merupakan cogan kata.
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap: Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”, Hijau – “Pengakap Muda”, Merah – “Pengakap Remaja”
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

LAGU PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Kami Pengakap Malaysia
Harapan, nusa dan bangsa
Berikrar, setia pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan Pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan Negara

Berbudi bersaudara
Taat menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap...
Pengakap... Malaysia...

Lagu SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai, Johor

LAGU SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAI



Usaha, Jaya Bakti
Itulah cita-cita
Menimba sebanyak pengalaman
Untuk hari depan

Perkembangan Mental Emosi
Jasmani dan rohani
Berkerjasama dan berdikari
Membina peribadi

Pendidikan dan Pelajaran
Kegiatan Seni dan Sukan
Membentuk keyakinan berdisiplin
dan bersopan....

Sekolah... Sekolah...
Tunku Abdul Rahman Putra
Kami Berdoa Setiap Masa
Semoga berjaya

Visi dan Misi Kumpulan

VISI KUMPULAN


Pasukan Pengakap SMK Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Pasukan Pengakap Gemilang Daerah Kulai.

MISI KUMPULAN


  1. Membentuk Pengakap bersahsiah tinggi ke arah mewujudkan kebersamaan yang kukuh.
  2. Melahirkan Pengakap Raja yang Cemerlang.
  3. Menzahirkan bahawa kemahiran berpengakap mampu diaplikasikan dalam pelbagai bidang.

Pendaftaran Keahlian tahun 2017

Salam Pengakap, Perhatian kepada  semua ahli Pengakap Kumpulan 07-Kulai, anda diminta memperbaharui pendaftaran tahunan bagi tahun 2017 kepada pemimpin/ guru pengakap yang ada dengan mengisi borang PPM-1(A) Klik Disini beserta yuran RM3 kepada pemimpin secepatnya. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian.

Lagu Siapa Suruh Masuk Pengakap

Siap suruh masuk pengakap,
Kalau tahun banyak penyakit,
Lebih baik duduk di kampung,
Tanam ubi dan tanam jagung,

Yang pertama pengakap udara,
Terbang tinggi di angkasaraya,
Bukan nya di angkasa lepas,
Silap-silap jatuh terhempas,

Yang kedua pengakap laut,
Ramai orang yang tidak sanggup,
Kapal pecah tak sempat berpaut,
Silap-silap jerung nganga mulut,

Yang ketiga pengakap darat,
Ramai orang yang tidak larat,
Buat kerja yang berat-berat,
Silap-silap putus urat saraf,

Yang keempat pengakap kelana,
berkhidmat itu cogan katanya,
buat kerja setiap masa,
kerna itu lah tugas nya,

Yang kelima Pengakap Raja,
Anugerah tertinggi pengakap kita,
bila ditanya terasa bangga,
kerana tidak semua orang ada.

p/s : Lagu ini adalah hasil gubahan dari lirik asal.

Lagu Apa Guna Keluh Kesah

Apa guna keluh kesah,
Apa guna keluh kesah,
Pengakap tak pernah keluh kesah,
Apa guna keluh kesah.

p/s : boleh tukar perkataan Keluh Kesah dengan apa-apa perkataan yang mengandungi dua patah perkataan.