Rabu, 3 Mei 2017
IkutI Instagram Kumpulan 07 Kulai
SALAM PENGAKAP, Kini Kumpulan Pengakap 07 Kulai telah mewujudkan akaun Instagram rasmi bagi membolehkan maklumat aktivit dapat dikongsi terus melalui laman sosial tersebut. Instagram Rasmi SuPe STARP. Bersama kita mewujudkan kemajuan teknologi dalam berpengakap.
Logo Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
LOGO PENGAKAP MALAYSIA
Maksud Lambang
- Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
- Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
- Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
- Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
- Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
- Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
- Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap: Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”, Hijau – “Pengakap Muda”, Merah – “Pengakap Remaja”
- Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Logo Kumpulan 07-Kulai Johor
LOGO KUMPULAN
Maksud Logo
- Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
- Ikatan diatas kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
- Perkataan "STARP-07" melambangkan SMK Tunku Abdul Rahman Putra merupakan kumpulan Pengakap ke-7 Daerah Kulai.
- Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
- Warna Merah, Biru dan Putih melambangkan warna yang terdapat pada skaf kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia.
- Slogan "Usaha Maju" dan "Selalu Sedia, Pandang Luas Untuk Berkhidmat" merupakan cogan kata.
- Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap: Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”, Hijau – “Pengakap Muda”, Merah – “Pengakap Remaja”
- Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
LAGU PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Kami Pengakap Malaysia
Harapan, nusa dan bangsa
Berikrar, setia pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan Pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan Negara
Berbudi bersaudara
Taat menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap...
Pengakap... Malaysia...
Lagu SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai, Johor
LAGU SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAI
Usaha, Jaya Bakti
Itulah cita-cita
Menimba sebanyak pengalaman
Untuk hari depan
Perkembangan Mental Emosi
Jasmani dan rohani
Berkerjasama dan berdikari
Membina peribadi
Pendidikan dan Pelajaran
Kegiatan Seni dan Sukan
Membentuk keyakinan berdisiplin
dan bersopan....
Sekolah... Sekolah...
Tunku Abdul Rahman Putra
Kami Berdoa Setiap Masa
Semoga berjaya
Langgan:
Catatan (Atom)